Halaman

Rabu, September 09, 2009

Sejarah Cinta Kita


Selamat tinggal sayang relakan ku pergi
Meninggalkan dirimu yang ku kasihi
Bukan niat ku sayang membuat kau terluka
Namun terpaksa

Sejarah cinta kita tak mungkin berulang
Walaupun kasih kita seluas lautan
Kita hanya merancang Tuhan menentukan
Tak kesampaian

Apa lagi hendak dikata
Memang itu lumrahnya dunia
Setiap yang bercinta pastikan merasa
Suka dan duka

Apa lagi hendak dipaksa
Jodoh kita telah pun tiada
Kita yang berkasih
Kita yang merintih
Hati tersiksa

Memang benar kata pujangga
Purnama indah usah dipuja
Kelak jiwa akan terluka
Meratap hiba
Diri ini usah ingat lagi
Biar ku pergi

Meraung

Menggigil tubuh ini
Melihat kau bersamanya
Tergamam aku tak terkata
Meraung di jiwa

Puas ku pertahankan
Cinta kita sejak dulu
Tapi sayang
Sikit pun tidak
Menghargai cintaku

Sia-sia saja
Pengorbanan dan kesetiaanku ini
Ku sangka kau permata
Rupanya duri paling berbisa

Ku pasrah dan berdoa
Semoga tabah jiwaku
Oh... tetapi bagaimana
Nak ku lawan
Jiwa yang siksa

Ke mana arah hendak ku tuju
Bila hatiku rindu padamu
Hendakku cari tapi tak guna
Kau bahagia dengan si dia

Dikamar sepi aku termenung
Terbayang bayang kenangan kita
Tidak ku sangka kau
Tergamak pergi
Saat ku masih perlukan mu

Meraung di jiwa
Apalah daya kiranya
Orang dah benci
Meraung di jiwa
Tapi tak pernah ku benci
Dirimu sayang

Kasihku Tetap Abadi




Kau pertama yang aku cintai
Juga yang aku sayangi
Kasih ini tak mungkin berubah
Hanya untukmu saja

Walau kini kita tak bersama
Namun kau masih kucinta
Kasih ini tak mungkin pudar
Tetap kan bersatu selamanya


Tak mungkin akan hilang dari ingatan
Dikaulah satu-satunya
Kasihku ini tetap abadi
Hingga ke akhir hayat
Kasih tetap suci dan abadi


Kasih bersatu kekal abadi
Kau tetap dalam hati
Tiada dua dihati ini
Hanya kau saja

Biarpun kini dikau tiada
Namun tiada pengganti
Kasihku terhadapmu
Tak akan punah

Kasihku tetap abadi
Hingga ke akhirnya
Selamanya...

Selasa, September 08, 2009



Sebelum ku kenali mu
Hidupku cukup dengan suka-duka
Tak pernah ku sangka semuanya akan berubah
Dikau bagaikan cahaya, bagi jiwa ku ini
Tak mungkin ku lupa katamu kan sentiasa di sisi
Bagaikan satu kisah cinta kita berdua ke mana
Asyik berpegangan tangan orang lain dilupakan
Apa terjadi, diriku ini masih tertekan
Hati dilukai setelah janji ditunaikan
Tiap kali ku fikir, tiada guna bersedih
Rakan-rakan katakan buang masa ku cintai
Dikau punca pedihku, tiada baik darimu
Tiada langsung yang benar dalam ungkapan bibirmu

Kenapa harus ku bercinta
Kenapa ku begini
Kenapa harus ku tanggung semua
Kenapa harus ku bercinta
Kenapa ku percaya
Kenapa aku diperbodoh kasih

Tak mungkin ku lupa kali pertama bersua
Tak sangka, dikau kan menjadi pedih yang kan dalami jiwa
Siang malam termenung, sedih memakan hati
Tak pernah ku ingat ku boleh diluka begini
Namun ku cekal hatiku, tuk melupakanmu
Ku tahu kau begitu
Malas ku nak rayu, buang tenagaku
Kau takkan mendengarku
Selamat tinggal oh kasih
Hidup baru kan mula bila terbitnya mentari

Kenapa ku bercinta
Kenapa harus ku pegang janjimu
kasih...

Sekian lama telah ku simpan rasa ini di hati
Baru kini ku berani tuk mengatakan
Dikau punca segala, kepedihan di hatiku
Tak ingin lagi ku lihat wajahmu di hadapanku

Padamu ku utuskan kalimah penuh perasaan
Untuk ku menyatakan apa yang tersirat di hatiku
Dalam tidak kau sedari kau hanya menyintaiku
Sedang ku mencuba melangkah pergi dari
hidupmu

Kau yang sering membahagiakan
Di kala ku kesedihan
Tak mungkin dapat ku lupakan

Ku hanya ingin kau mengerti
Apa yang ku miliki
Cuma harapan dan sinar
Lupakanlah semua kenangan
Yang bisa buat kau bersedih
Sampai di sini saja cinta yang dipertahankan

Anggaplah ini suratan satu perpisahan
Maafkan ku andai dirimu terluka

Dalam tidak kau sedari kau hanya menyintaiku
Sedang ku mencuba melangkah pergi dari
hidupmu

Kau yang sering membahagiakan
Di kala ku kesedihan
Tak mungkin dapat ku lupakan

Ku hanya ingin kau mengerti
Apa yang ku miliki
Cuma harapan dan sinar

Lupakanlah semua kenangan
Yang bisa buat kau bersedih
Sampai di sini saja cinta yang dipertahankan

Anggaplah ini suratan satu perpisahan
Maafkan ku andai dirimu terluka

Benarkah cinta pertama tak semestinya cinta sejati??


Benarkah cinta pertama tak semestinya cinta sejati??
Hipotesis bagiku;cinta juga tak semestinya bersatu….
Kata orang..kita boleh jatuh cinta dalam sekelip mata tapi
untuk melupakannya hampir sepanjang hayat..

Takdir Allah swt tiada siapa dapat menghalang,ujian datang tiada siapa
Dapat menduga…aku terus tabah menghadapi segala rintangan
Dalam mencari bahagia yang hilang.
Jalan yang dilalui tetap berliku,
Bahagia yang dicari ibarat fatamorgana.’

Ada waktunya aku hampir mengaku kalah
Dengan takdir……
Ada saatnya aku hampir tersungkur dalam mencari sejalur sinar,,,
Tidak tegar aku memaut hidup dengan hanya bergalangkan
Cinta dan kepercayaan..
Aku pernah merana kerana itu..
Aku mesti menghapuskan setiap titis air mata duka
Yang selama ini melemaskan sisa-sisa semangatku…

Kata pujangga…..
Cinta manusia melalui beberapa pintu.
Ada pintu kasih,pintu sayang dan pintu rindu..
Tetapi cinta yang paling abadi ialah cinta yang melewati
Pintu SIMPATI….Benarkah???

Kalau benarlah cinta itu dari jiwa
Yang ikhlas,kenapa ada yang ternoda kerana CINTA???
Dalam bahagiaku,ada bersilih duka..
Terleraikah kekusutan??Termakbulkah impian??
Yang pasti……...diari duka silam ini perlu dinokhtah!!!
Derita ini perlu ada penyudah!!

Ahad, September 06, 2009

CINTA………………


Cinta itu satu anugerah yang teramat berharga. Lahir dari hati yang suci dan tulus ikhlas. Kehadirannya tidak dijangka. Bila, dimana, dengan siapa, tiada siapa yang dapat menjangka. Sekali ia mengetuk pintu hati, terasa debarannya. Disaat mata bertentangan, hati mula tak keruan. Kemudian satu perasaan aneh muncul didalam diri lantas merebakkan rasa bahagia dan gembira keseluruh tubuh.

Namun, ketentuan cinta sukar untuk diduga. Bahagia dan derita silih berganti. Lantaran itu, pengorbanan amat diperlukan dalam mengharungi dunia percintaan. Malah pengorbanan adalah bukti keutuhan dan ketulusan sesebuah cinta yang terbina.

Demi cinta, manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk memenuhi tuntutan hati. Pengorbanan itu sendiri juga teramat besar ertinya. Ada orang sanggup mengorbankan masa, tenaga atau harta bagi membuktikan kasih sayang masing-masing. Semua itu dilakukan atas nama cinta. Ternyata, C.I.N.T.A mempunyai erti yang luar biasa dan mampu merubah seluruh kehidupan seseorang individu…….

Sememangnya cinta itu suatu yang luas dan penuh dengan pelbagai tafsiran cinta juga boleh dilafazkan dengan pelbagai cara dan gaya serta bahasa cinta mampu mengubah seorang raja menjadi hamba dan merubah neraka menjadi syurga dengan cinta manusia punya arah untuk mengemudikan arah haluan hidupnya dan dengan cinta juga manusia kadang2 lupa arah hidupnya yang sebenar.

Cinta punya penangan yang besar dalam hidup seharian manusia sehinggakan ada yang rebah mengagungkan cintanamun alangkah ruginya andainya cinta digunakan untuk meraih kesenangan cinta dijadikan alat untuk menzalimi manusia lain cinta dijadikan alasan untuk melepaskan nafsu haiwan dan cinta dijadikan gantinama untuk membuat kejahatan betapa indah andai cinta mampu dipersembahkan di tikar sejadah dilafazkan dalam doa penuh kesyahduan diiktikadkan dengat ingatan setiap saat padaNya kerana hanya DIA yang sentiasa bersama kita susah senag DIA yang lebih mengetahui selangkah kita menuju kepadaNya seribu langkah DIA datang kepada kita berjalan kita padaNya berlari DIA mendapatkan kita ohh...

Alangkah kuatnya rindu DIA pada umat kekasihNya ini DIA sentiasa menanti kita datang padaNya merayu, memohon dan berserah diri mendambakan cinta hanya kepadaNya tiada yang lain hanya semata2 kepadaNya. dan ingatlah cintakan bunga bunga kan layu cintakan harta harta kan habis cintakan manusia manusia kan mati hanya cintaNya kekal abadi.

APA ITU C.I.N.T.A.

Kasih sayang dan cinta ada dimana-mana. Sejak dahulu, kini dan selamanya…… kasih sayang tetap ada. Kita, makhluk bernama manusia ini memang diciptakan, memang dilahirkan atas dasar cinta. Kita membesar dengan belaian penuh kasih sayang orang-orang tercinta. Bila telah dewasa kita belajar tentang kasih sayang dan cinta juga. Tentang betapa besar, betapa luasnya pengertian kasih sayang dan cinta itu. Kita mungkin tak mampu untuk menafsir keseluruhan erti kasih sayang dan cinta itu sampai bila-bila pun, kerana ia terlalu besar maknanya.

Ada waktu-waktunya, kasih sayang dan cinta itu memang sukar untuk dimengerti. Kasih sayang dan cinta itu ada dalam diri setiap daripada kita, namun kadang kala kita biarkan saja ia begitu. kAdang kala kita langsung tak menghargainya. Ada waktu pula kita bingung kerananya. Malah, tak kurang ada yang menganggap kasih sayang dan cinta itu tak berharga.

Di atas kasih sayang dan cinta lahirlah bahagia. Ada yang mengatakan kerana kasih sayang dan cinta jugalah yang melahirkan derita. Bagaimanapun sebenarnya kasih sayang dan cinta itu adalah suci. Jika ada diantara kita merasakan ia membawa derita, fikirlah kembali, fikirlah berkali-kali……renungkan jauh kedasar hati, muhasabahlah diri. Apa-apapun keburukan dan kekurangan itu adalah sesuatu yang menjadi milik kita sebagai makhluk tidak perfect!

Bahagia itu satu anugerah, namun juga merupakan satu dugaan. Seperti derita, ia juga ‘diberikan’ kepada kita kerana sebab-sebab tertentu. Mahu beri kita petunjuk agar lebih insaf. Mahu kita berfikir bahawa kehidupan didunia ini bukan semata-mata untuk kecap bahagia sepanjang masa secara percuma. Mahu kita buka mata dan minda bahawa siapalah kita ini tanpa kasih sayang dan cinta Pencipta yang Maha Agung itu.
Pernakah diantara kita berfikir betapa ‘cacatnya’ sebuah kehidupan tanpa cinta. Pernakah terbayang di mata kita bagaimana kosong, sunyi dan kontangnya jiwa tanpa cinta. Belajarlah tentang kasih sayang dan cinta. Carilah apa yang tersurat di sebaliknya, kerana disitulah terbentang sebuah kehidupan.

Kita sering bicara tentang kasih sayang dan cinta, tapi tak pernah ada huraian apa itu kasih sayang dan cinta. Kita sebenarnya mencari kasih sayang dan cinta yang bagaimana di sepanjang perjalanan kehidupan singkat di alam fana ini??? Sebenarnya, kita tak tahu apa-apa!!!!

Terlalu sedikit yang kita tahu tentang kasih sayang dan cinta. Apapun, kasihilah diri sendiri, sayangilah diri sendiri dan cintailah diri sendiri…..kemudian, belajarlah mengasihi orang lain, belajarlah menyayangi orang lain dan menyintai orang lain. Kerana kasih sayang dan cinta tak ada maknanya jika kita tak menghidupkannya dalam diri kita lalu menebarkannya untuk orang lain juga.

Tak ada sesiapa yang sempurna, makanya kita perlukan orang lain dalam hidup kita. Mengapa??? Kerana untuk melengkapkan salah satu kekurangan dalam diri kita, kita perlukan orang lain. Dalam masa yang sama kekurangan orang lain juga akan lengkap dengan kehadiran kita disisinya. Dengan kasih sayang dan cinta itu, sentiasalah berusaha untuk mencari sesuatu yang paling baik untuk diri sendiri, agar kita menjadi yang terbaik……

TERIMA KASIH TEMAN...........




Kesuraman malam ku bagai tiada berbintang
Kerana kesepian tiada berteman
Kemanakah hilangnya kejujuranmu insan
Adakah hanya diwaktuku keriangan

Punah sudah segala kepercayaan
Terhadap insan yang ku gelarkan teman
Aku tak mahu lagi diriku dipermainkan
Oleh janji yang tak ditepatkan
Tapi kini kecurigaanku berakhir
Kau hadir di saat aku memerlukan ketenangan
Walau di mana saja kau berada
Kau pasti tetap bersama sepanjang masa
Kau beriku kekuatan dan keyakinan
Untuk tabah menghadapi masa hadapan

Biarpun kita berlainan pandangan
Ku kira itu tidak menjadi halangan
Asalkan kita jujur sesama insan
Kebahagiaan pasti berpanjangan
Terima kasih duhai teman

Tak usahlah sebut pasal cinta

“Tak usahlah sebut pasal cinta jika anda tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usahlah bercakap tentang perasaan jika ia tidak berada di hati anda. Tak usahlah menunjuk ke dada, jika anda berhasrat melukakan hati pasangan anda.Tak usahlah sebut cinta abadi jika ada dihati anda untuk berpisah.

Tak usahlah memandang memandang anak matanya jika anda bohong kpadanya. Tak usahlah sebut helo jika kelak anda akan mengucap selamat tinggal. Tak usahlah katakan dia satu2nya, jika ada orang lain disisi. Tak usahlah kunci hatinya jika tiada anak kunci untuk membukanya kelak.Cinta telah di bekalkan kepada setiap insan. Dengan cintalah kehidupan dapat dijalani dengan penuh kenikmatan. Tanpa cinta semuanya menjadi hamba, ibarat kopi tanpa gula dan susu.

Tapi Tak usahlah sebut cinta abadi jika anda untuk berpisah. Perkataan cinta memang mudah dan indah disebut tapi tak usahlah mempermainkan perkataan ini jika tersembunyi niat2 yang tidak baik di hati anda terhadap pasangan anda. Anda tidak layar melahirkan perkataan ini jika ia bertentangan sama sekali dengan apa yang tersembunyi di hati.

Memang sesuatu yang kt pandang dr jauh kelihatannya lebih memikat sehingga lah kita dekati. Seperti kita selalu menyangka pantai selalunya nyaman udaranya dan halus pasirnya. Tetapi setelah didekati, tidak sepanjang masa bayu laut menghembus, tidak semua pantai pasirnya halus dan bersih”.

ERTI SEBUAH PERSAHABATAN


Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa, Kecuali diri sendiri….. Tetapi…Dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana…. Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapakan keiklasan dan kejujuran Seorang sahabat,begitulah juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya…..? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa…..tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan. Harapan dan impian juga kita luahkan. Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernah kah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita. Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah….? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan? Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita….. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat… Kerana dia juga seorang manusia, Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat….. Sebagai kekuatan Jadilah kita sahabatnya itu…. Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.. Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan….. Kita tidak tahu…. Tetapi….jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu….. RENUNGILAH... HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. Orang yang menunjukkan kebaikkan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik.

Doa untuk Kekasih.


Bismillahirrahmanirrahim... .
Dengan nama Allah,
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan,
Dia milikku tercipta buatku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku,
Titipkanlah kebahagiaan antara kami,
Agar kemesraan itu abadi ...

Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi,
Seiringkanlah kami melayari hidup ini,
Ketepian yang sejahtera dan abadi,
Maka jodohkanlah kami...

Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engaku takdirkan,
Dia bukan milikku,
Bawalah dia jauh dari pandanganku,
Luputkanlah dia dari ingatanku,
Dan peliharalah aku dari kekecewaan...

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan,
Menolak bayangannya jauh ke dada langit,
Hilang bersama senja yang merah,
Agar ku sentiasa tenang,
Walaupun tanpa bersama dengannya...

Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu,
Sesungguhnya apa yang telah Engkau Takdirkan,
Adalah yang terbaik untukku,
Sesungguhnya Engaku Maha Mengetahui,
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...

Ya Allah...
Cukupkanlah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku,
Di dunia dan di akhirat,
Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini,
Janganlah Engaku biarkan aku bersendirian,
Di dunia ini mahupun di akhirat,
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan
kemungkaran,
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman,
agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup,
Ke jalan yang Engaku redhai,
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah...

Ya Allah...
Berilah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat,
Dan peliharalah kami dari azab api neraka,

AMIN... AMIN... AMIN...
YaRabbal'aalamiin...

Cantiknya Seorang Wanita

“Cantiknya seorang wanita itu sebagai gadis bukan
kerana merah kilau lipstik pada bibir mekar
senyum kosmetik.

Cantik seorang wanita itu sebagai remaja tidak
pada kulitnya mulus menggebu terdedah.

Cantik seorang wanita itu sebagai Hawa tidak
kerana bijak meruntuh iman kaum Adam.

Cantik seorang wanita itu sebagai anak tidak
menjerat diri pada kedurhakaan.

Cantik seorang wanita itu sebagai isteri
merempuh badai di sisi suami.

Cantik seorang wanita itu sebagai menantu
menjauhi persekongkolan ipar lamai.

Cantik seorang wanita itu sebagai ibu membuai
anak di kala suami menjalin mimpi.

Cantik seorang wanita itu sebagai mentua telus
hati mengagih kasih setara pada semua.

Cantik seorang wanita itu sebagai nenek
menjaring teladan para anbia buat cucu-cicit.

Cantik seorang wanita itu sebagai warganegara
peka membela nasib dan maruah negara.

Cantik seorang wanita itu sebagai warga tua
menghitung hari dengan selembar mashaf.

Cantik seorang wanita itu sebagai intelektualis
menyala obor mewangi setanggi profesionalis.

Cantik seorang wanita itu sebagai akidah solehah
mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah”

Ketahui lah diriku

Diriku,
Dalam rancak kau menyiram taman hati insan lain,
Kau terlupa membaja taman hatimu sendiri,
Agar ia sentiasa segar dalam
hubungan dengan Allah,
Tersentuh dengan daulatNya,
Merasa terpikul amanah ad-Deen ini..

Diriku…
Seringkah kau mencari jalan
Agar hatimu sentiasa lembut halus sentuhanNya
Agar sentiasa sedar akan keagunganNya
Insafi kekerdilan, kelemahan,
kealpaan, dan kesilapan diriku..

Ketahuilah diriku,
Hatimu itu keras, khusyukmu kurang
Syukur dan redhamu tidak banyak kau
hadiahkan padaNya
Terlalu banyak kurang dan salahmu..

Diriku..
Tunaikankanlah solatmu dalam
khusyuk dan tenang
Muhasabahlah dirimu kala sunyi,
Selamilah kalam-kalam al-Quran
yang kau perjuangkan
Padanya ada bekalan
Untuk kau terus menongkah
bahtera perjuangan ini

Diriku…
Pada nawafil dan amalan sunat
Ada jalan yang hampir utkmu
Berkasih sayang dengan tuhanmu
Pada qiamullail di keheningan malam
Bersama bisikan doa dan munajatmu
Diiring esak airmata keinsafan dan keikhlasan
Kau akan temui kemanisan taqarrub
di bawah duli kebesaranNya
Di situ ada bekalnya..
Lazimilah awal harimu dengan al-Ma’thurat
Pasti kau akan mengenali
dirimu sebagai daie

Diriku..
Pada tawadhuk, pada ukhwafillah,
pada infaq fisabilillah
Pada uzlah muhasabah diri,
pada zikir dan selawat
Ada ketenangan dan kekuatan

Diriku..
Amanahlah kau di hadapan manusia
Kerana kedaulatan Tuhanmu
Namun rasailah kekerdilan dirimu
Di hadapan kudrat dan iradatNya

Perempuan & Muslimah

Perempuan
Apabila teruna memerhatikan dikau,
Kau membalas renungan matanya
Pabila teruna mendekati selangkah,
Kau datang berpuluh langkah

Pabila teruna memujuk rayu,
Kau lemah dalam pangkuannya
Pabila teruna memberi harapan,
Kau hanyut dalam angan langkah


Muslimah
Pabila teruna memandang dikau,
Kau tunduk mengelak panah syaitan
Pabila teruna mendekati selangkah,
Kau berundur beribu langkah

Pabila teruna memujuk rayu,
Kau anggap itulah kalimah iblis syaitan
Pabila teruna menutur harapan indah,
Kau yakin janji-Nya lebih bahagia disana

Kerana kau mengerti dan menyedari
Akan erti maruah peribadi sejati
Yang diselaputi iman yang hakiki
Yang tidak semudah itu...
NAFSU mengatakan wanita cantik atas dasar RUPANYA
AKAL mengatakan wanita cantik atas dasar ILMU DAN KEPANDAIANNYA
HATI mengatakan wanita cantik atas dasar AKHLAKNYA
AKHLAK & BUNGA hiasan diri tanpa ia maka hilanglah perhatian manusia pada insan yang bergelar wanita

Ingatlah kamu wahai perempuan sekalian, apabila kamu berkawan dengan lelaki, sama ada sekarang atau akan datang setelah kamu dewasa, ingatlah ada dua pilihan terbentang:

Pilihan pertama, kamu jadi seperti kelapa, yang senang diperolehi, diparut, diperah dan diambil santannya. Lepas tu hampasnya dibuang...

Pilihan kedua, kamu boleh menjadi seperti sebutir mutiara di dasar lautan yang tersimpan rapi di dalam kulitnya. Bukan senang nak mendapatkannya. Hanya orang yang bertuah sahaja dapat memperolehinya. Sebab itu, harganya mahal sekali. Dan orang akan menyimpan mutiara itu buat selama-lamanya...

Jadi, wahai perempuan sekalian, pilihlah sama ada hendak jadi kelapa ataupun mutiara...

Apabila kau ingin berteman

Apabila kau ingin berteman,
Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Kau mungkin akan menjauhinya....

Andai kau ingin berteman,
Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,
Kau akan membencinya....

Andai kau inginkan sahabat yang satu,
Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,
Kau mungkin akan memfitnahnya....

Andai kau inginkan seorang teman,
Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
Kau mungkin akan menyalahkannya....

Andai kau ingin bersahabat,
Terimalah dia seadanya,
Kerana dia seorang sahabat,
Yang hanya manusia biasa....

Jangan diharapkan sempurna,
Kerana kau juga tidak sempurna,
Tiada siapa yang sempurna...
Tapi bersahabatlah kerana Allah...
Bismillahirrahmanirrahim... .
Ya Allah..panjangkanlah umur sahabatku, Kurniakan lah kesihatan yang baik padanya, terangi hatinya dengan nur pancaran iman..

Ya Allah..tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya,dekatkanlah hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama, dunia dan akhirat.

Ya Muhaimin..jika dia jatuh hati, izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu.

Ya Rabbana..jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hatiMu..Ya Rabbul Izzati..jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu.

Ya Muhaimin..Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia ke jalanMu..

Ya Allah Yang Tercinta..jika kau halalkan aku merindui sahabatku,janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki, rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu.
Bila kita jatuh hati pada seseorang,
kita akan sentiasa rindukan dia, ingati dia,
rindui dia.....tapi...adakah dia seperti kita?
lelaki seringkali tewaskan wanita dengan kata-kata manis...
usah percaya sayang pada bibir yang merah...
usah percaya pada setiap kata-katanya...
usah percaya cinta pada bahasanya...
usah percaya pada ungkapan syahdu...
sayang, kasih, cinta dan rindu akan kita temui
bila....cinta kita itu memang sejati...

cinta


• Lelaki merindukan cinta pertama manakala wanita pula menghargai cinta terakhir.

• Cinta adalah sesuatu yang abstrak. Ianya tidak dijual , tidak dibeli dan tidak juga dicipta. Tetapi ia datang dengan sendiri.

• Cinta itu adalah sesuatu yang aneh. Jika manusia menggenggamnya terlalu kuat , ia akan mati. Tetapi jika manusia menggenggamnya terlalu longgar maka ia akan berlalu pergi.

• Mempermainkan hati dan perasaan orang lain mungkin satu kepuasan dalam diri yang orang yang tidak punya keyakinan diri.Tidak usah berbangga jika kamu mempunyai ramai teman kerana belum tentu kamu boleh menikmati kebahagiaan dan ketenangan hidup.

• Cinta adalah butiran mutiara didasar lautan. Indah dan mempesonakan. Namun , adakalanya cinta itu umpama duri sembilu yang menyakitkan.

• Cinta adalah ombak yang menghempas pantai. Datangnya tanpa paksa.Sebaliknya adalah satu kemestian walaupun dalam keterpaksaan.

• Cinta adalah anugerah yang paling indah.Oleh itu merana kerana cinta lebih bererti daripada hidup tak mengenal erti cinta sama sekali.

• Cinta adalah suatu kata-kata yang indah dan sesuatu yang unik dan manis untuk dirasa.Tanpa cinta rasanya tidak lengkap hidup manusia di alam maya ini.Manakala cemburu adalah buah-buah pahit di dalam cinta.Dari itu janganlah terlalu percayakan cinta.

Pencarian...

Hidup ini penuh dengan pencarian. Engkau dan aku, biarpun warna kulit berbeza, tinggi tak sama, latar belakang tidak serupa, hati berlainan, tapi kita punya satu pencarian yang sama. Setiap dari kita mencari sebuah cinta suci. Walaupun pernah semasa kecil dulu kita menafikannya, tapi hati ini tercari-cari erti sebuah percintaan. Benarkah ia semanis madu seperti yang diperkatakan orang atau sepahit hempedu apabila dimiliki.

Tapi, perpisahan itu selalu terjadi pada insan yang sedang bercinta. Tersekat nafas, terhenti jantung apabila ia terjadi. Perpisahan itu sungguh menyedihkan kita tapi segalanya ditangan takdir. Sebuah cinta dan harapan, kini bercerai, meretakkan hati, menyeksa jiwa kita. Mengapa ia harus terjadi, adakah cuma sebuah mimpi ngeri di malam hari. Mengapa kita terus menanti cinta itu walaupun kita tahu ia tidak akan kembali membawa serpihan hati yang kecewa. Kita telah lakukan segalanya, mengorbankan semuanya, namum, cinta yang dicari tidak seindah cinta yang dicurahkan.

Tapi, selagi ada cinta di hati ini, selagi ada rindu yang membara, selagi hati ini masih kental, selagi ada air mata yang mengalir, kita pertaruhkan segalanya untuk cinta kita. Cuma, jangan biarkan diri ini tawar hati, sampai cinta tiada lagi. Jika cinta sudah tiada, semarak rindu hilang sinarnya, kita bisa walau terseksa melakarkan langkah, meninggalkan segala kenangan semalam walau seakan baru saja berlalu Biar impian tinggal impian.

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah, dan kemudian kita dikecewakan, sebelum kita berjumpa dengan insan yang betul, supaya apabila kita bertemu dengan orang yang mencintai kita, kita tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah disebalik pemberian tersebut. Jangan biarkan diri terlalu kecewa apabila salah satu pintu kebahagian tertutup kerana pintu yang lain pasti akan terbuka.

Tapi, kita sering kali memandang pintu yang tertutup itu terlalu lama sampai kita tak sedar akan pintu lain yang terbuka. Kadang-kadang, kita tertunggu-tunggu orang membuka pintu kebahagiaan untuk kita. Tapi, tiada siapa yang mempunyai kunci pintu itu. Jangan putus asa, setiap pintu ada kuncinya, dan ada insan yang akan membuka pintu kebahagian yang kita impikan. Itu janji Tuhan pada umatnya, semua insan dilahirkan berpasangan. Cuma cepat dan lambat membezakannya. Jadi jangan mudah putus asa. Bersabar dan terus menunggu.

Namum, firman Tuhan harus sentiasa ingati, sesuatu bangsa tidak akan berubah selagi bangsa itu tidak mengubahkannya sendiri. Kata orang tua, jangan ditunggu bulan jatuh ke riba. Jika kita inginkan bulan, kita seharusnya meneroka bulan itu. Jangan seperti Mat Jenin, apa yang dihajat tidak tercapai, apa yang dimilik tergadai. Seandainya kita sedang bercinta, jangan terlalu meragui ketulusan cinta. Cinta itu cuma akan terbit dari dua hati insan yang suci.

Ia tidak datang sendirian tapi datang bersama keikhlasan, kesabaran, kehormatan dan seribu satu keindahan. Bersama cinta, kita bagai disuntik suatu semangat, seakan baru bangun dari tidur yang lama. Setiap saat begitu bermakna, tidak dapat diungkap oleh perkataan, hanya dapat digambarkan oleh sinar mata. Cinta itu sesuatu yang kita perlukan, jangan sesekali menafikan sesuatu yang azali.

Membina Peribadi Anggun by Dr. HM Tuah

Binalah peribadi anggun, ia wajib bagi seorang gadis. Ia juga wajib bagi seorang wanita dalam apa jua status – anak dara, isteri, janda mahupun nenek. Anggun adalah gabungan pada semua yang seharusnya ada pada seorang wanita, tidak semestinya ia bermaksud cantik tetapi anggun adalah anggun. Ia makna yang tersendiri dan membawa erti yang cukup besar dalam diri seorang wanita.

Seorang wanita tanpa keanggunan ibarat seorang lelaki tanpa kemachoan. Seperti pokok tanpa daun, apalah istimewanya. Seperti kereta tanpa roda, apalah ertinya. Seperti rumah tanpa pintu dan tingkap, apalah maknanya.

Keanggunan lahir semula jadi, tetapi ia juga boleh dibentuk. Seseorang yang dilahirkan kasar masih boleh menjadi anggun apabila mahu menyerlahkan kewanitaannya. Jika dia selesa dengan kekasaran yang semula jadi itu, ia akan terus menjadi seperti itu dan sifat-sifat keanggunannya akan terhakis sedikit demi sedikit.

Sebaliknya, seorang yang dilahirkan anggun dengan ciri-ciri kewanitaan semulajadi, boleh bertukar kasar apabila dia menghendakinya begitu. Keanggunan dilapik dengan gaya yang menghentak, turutkata yang kuat, bertindak ala lelaki dan sebagainya, lama-lama keanggunan akan hilang berganti dengan kelelakian, sedangkan dia seorang wanita. Sudah tentu tidak match, sebab dunia mengukur begini; apabila seseorang itu dilahirkan sebagai wanita dia perlu memiliki sifat-sifat kewanitaan sejati. Dan tiada ertinya seorang wanita tanpa keanggunan.

Apa itu anggun? Anggun adalah gabungan pada semua keindahan yang perlu ada pada seorang wanita – lembut, berhemah, menyejukkan mata. Bunga dipandang cantik apabila ia berwarna-warni. Pada tahap ia kembang penuh itu adalah tahap kecantikan yang maksimum yang ada padanya. Ketika itu ia adalah sebenar-benarnya bunga.

Bayangkan sekuntum bunga tetapi warnanya pudar, kelihatan layu dan tidak segar, bukankah itu mencacatkan mata kita yang memandang? Memang ia masih bergelar bunga tetapi bunga yang tidak menawan, bunga yang tidak dikehendaki dan bunga yang tiada serinya lagi. Apalah ertinya sekuntum bunga yang sudah kehilangan ciri-ciri bunganya.

Bunga perlu harum. Apabila harum ia akan diminati. Ia akan didekati, dibelek, dibelai dan dicium. Bunga perlu kembang indah. Apabila ia kembang indah ia akan disunting untuk dijadikan hiasan meja. Bunga yang tidak harum dan tidak kembang indah akan kekal di tangkainya hingga kumbang pun tidak sudi datang. Wanita perlukan keanggunan sebagaimana bunga perlukan keharuman dan kembang yang mempersona.

Kamus memberi makna kepada anggun sebagai bagus, elok, kemas pada pakaian dan tingkah laku serta gaya . Dalam bahasa Inggeris ia diistilahkan sebagai neat, nice, well-dressed. Apabila dicantumkan pada perkataan peribadi, maka membina peribadi anggun ialah proses mencantumkan kekemasan, kebagusan dan keelokan pada perilaku.

Mahkota dan maruah seseorang wanita terletak pada keanggunannya, bukan kecantikannya. Wanita cantik boleh ditemui di mana-mana sebab maknanya subjektif tetapi wanita anggun sukar ditemui sebab maknanya unik. Jika anda telah diistillahkan anggun oleh seseorang, ketahuilah anda telah memiliki segalanya yang diperlukan oleh seorang wanita. Jika anda belum diistilahkan begitu, sekarang masanya untuk membina keanggunan. Ia satu proses penting yang sentiasa mengguntungkan.

Berjuta kawan seribu sahabat



“Persahabatan wujud dari satu perkenalan dengan sepuluh pertanyaan, 100 keyakinan dan seribu pengorbanan serta berjuta-juta perjuangan dengan satu keikhlasan”
Mencari kawan dan membina perkenalan tidaklah sepayah mencari sahabat dan membina persahabatan. Daripada seribu orang kawan mungkin hanya seorang yang layak dipanggil sahabat.

Siapakah sahabat? Dia sanggup berada bersama kita dalam keadaan apa sekalipun. Ketika kita masih orang kecil, dia teman ke sana ke mari; ketika kita sudah menjadi orang besar, dia tidak terhegeh-hegeh mencari peluang. Tetapi dia di situ, sedia untuk menyokong kita supaya tidak rebah. Tanpa pengetahuan kita dia sanggup berkorban membetulkan persepsi silap masyarakat terhadap kita. Dia berperanan sebagaimana kita masih orang kecil dahulu tanpa sebarang kepentingan.

Tatkala payung kita kuncup dia datang membawakan payungnya untuk kita. Lalu kita sama-sama berteduh di bawahnya. Jika payung kita kecil dan tidak muat untuk kita berdua, dia rela basah ditimpa hujan asalkan kita tidak basah sebagaimana dia.
Seorang sahabat itu sanggup memberikan apa sahaja yang kita perlukan manakala apa yang kita perlukan itu ada di tangannya. Dia tidak mengharapkan balasan tetapi jujur untuk memelihara persahabatan. Di manakah anda hendak mencari seseorang yang seperti ini? Sebab itulah mungkin seorang pun payah hendak dicari daripada seribu orang yang ada.

Seorang sahabat seperti digambarkan dalam ejaan JUMAAT; jujur, unggul, matang, asli, amanah dan teguh. Dia jujur, maka boleh diletakkan kepercayaan untuk tolong lihat-lihatkan keluarga kita tatkala kita berpergian. Dia unggul, maka kita boleh bersandar pada dia tatkala kita hilang motivasi diri. Dia matang, maka kita boleh dapatkan nasihat-nasihat berguna atau merujuk masalah-masalah semasa yang kita hadapi. Dia asli, maka peribadinya bukan ikutan atau tidak mudah luntur, tetapi selari dengan kehendaknya sebagai insan bertuhan. Dia amanah, maka ciri-ciri ini sangat diperlukan dalam persahabatan. Dia teguh, maka kita boleh bergantung padanya pada sangat-sangat getir.

Itu ciri-ciri sahabat. Tentu payah untuk mendapatkannya. Ia payah sebab kita sendiri tidak bersikap seperti itu. Kalau kita bersikap seperti itu, semua yang akan datang kepada kita adalah orang yang seperti itu. Jadi, usah harapkan orang berbuat baik kepada kita kalau kita sendiri tidak dapat melayaninya dengan lebih baik. Usah harapkan datang seseorang yang memiliki sifat-sifat jujur, unggul, matang, asli, amanah dan teguh kalau kita sendiri seorang yang curang, lemah, berfikiran singkat, mudah terpengaruh, tidak amanah dan lembek.

Persahabatan itu bermula daripada satu bentuk perkenalan. Daripada satu perkenalan yang mudah menjadi erat apabila adanya pertanyaan, saling bertanya saling mahu kenal mengenal. Dari situ lahirnya keyakinan. Meskipun kadang-kadang terpaksa memberikan seribu pengorbanan serta berjuta-juta perjuangan, ia tetap pergi kepada yang satu iaitu keikhlasan.