Diriku,
Dalam rancak kau menyiram taman hati insan lain,
Kau terlupa membaja taman hatimu sendiri,
Agar ia sentiasa segar dalam
hubungan dengan Allah,
Tersentuh dengan daulatNya,
Merasa terpikul amanah ad-Deen ini..
Diriku…
Seringkah kau mencari jalan
Agar hatimu sentiasa lembut halus sentuhanNya
Agar sentiasa sedar akan keagunganNya
Insafi kekerdilan, kelemahan,
kealpaan, dan kesilapan diriku..
Ketahuilah diriku,
Hatimu itu keras, khusyukmu kurang
Syukur dan redhamu tidak banyak kau
hadiahkan padaNya
Terlalu banyak kurang dan salahmu..
Diriku..
Tunaikankanlah solatmu dalam
khusyuk dan tenang
Muhasabahlah dirimu kala sunyi,
Selamilah kalam-kalam al-Quran
yang kau perjuangkan
Padanya ada bekalan
Untuk kau terus menongkah
bahtera perjuangan ini
Diriku…
Pada nawafil dan amalan sunat
Ada jalan yang hampir utkmu
Berkasih sayang dengan tuhanmu
Pada qiamullail di keheningan malam
Bersama bisikan doa dan munajatmu
Diiring esak airmata keinsafan dan keikhlasan
Kau akan temui kemanisan taqarrub
di bawah duli kebesaranNya
Di situ ada bekalnya..
Lazimilah awal harimu dengan al-Ma’thurat
Pasti kau akan mengenali
dirimu sebagai daie
Diriku..
Pada tawadhuk, pada ukhwafillah,
pada infaq fisabilillah
Pada uzlah muhasabah diri,
pada zikir dan selawat
Ada ketenangan dan kekuatan
Diriku..
Amanahlah kau di hadapan manusia
Kerana kedaulatan Tuhanmu
Namun rasailah kekerdilan dirimu
Di hadapan kudrat dan iradatNya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan