Halaman

Ahad, September 06, 2009

CINTA………………


Cinta itu satu anugerah yang teramat berharga. Lahir dari hati yang suci dan tulus ikhlas. Kehadirannya tidak dijangka. Bila, dimana, dengan siapa, tiada siapa yang dapat menjangka. Sekali ia mengetuk pintu hati, terasa debarannya. Disaat mata bertentangan, hati mula tak keruan. Kemudian satu perasaan aneh muncul didalam diri lantas merebakkan rasa bahagia dan gembira keseluruh tubuh.

Namun, ketentuan cinta sukar untuk diduga. Bahagia dan derita silih berganti. Lantaran itu, pengorbanan amat diperlukan dalam mengharungi dunia percintaan. Malah pengorbanan adalah bukti keutuhan dan ketulusan sesebuah cinta yang terbina.

Demi cinta, manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk memenuhi tuntutan hati. Pengorbanan itu sendiri juga teramat besar ertinya. Ada orang sanggup mengorbankan masa, tenaga atau harta bagi membuktikan kasih sayang masing-masing. Semua itu dilakukan atas nama cinta. Ternyata, C.I.N.T.A mempunyai erti yang luar biasa dan mampu merubah seluruh kehidupan seseorang individu…….

Sememangnya cinta itu suatu yang luas dan penuh dengan pelbagai tafsiran cinta juga boleh dilafazkan dengan pelbagai cara dan gaya serta bahasa cinta mampu mengubah seorang raja menjadi hamba dan merubah neraka menjadi syurga dengan cinta manusia punya arah untuk mengemudikan arah haluan hidupnya dan dengan cinta juga manusia kadang2 lupa arah hidupnya yang sebenar.

Cinta punya penangan yang besar dalam hidup seharian manusia sehinggakan ada yang rebah mengagungkan cintanamun alangkah ruginya andainya cinta digunakan untuk meraih kesenangan cinta dijadikan alat untuk menzalimi manusia lain cinta dijadikan alasan untuk melepaskan nafsu haiwan dan cinta dijadikan gantinama untuk membuat kejahatan betapa indah andai cinta mampu dipersembahkan di tikar sejadah dilafazkan dalam doa penuh kesyahduan diiktikadkan dengat ingatan setiap saat padaNya kerana hanya DIA yang sentiasa bersama kita susah senag DIA yang lebih mengetahui selangkah kita menuju kepadaNya seribu langkah DIA datang kepada kita berjalan kita padaNya berlari DIA mendapatkan kita ohh...

Alangkah kuatnya rindu DIA pada umat kekasihNya ini DIA sentiasa menanti kita datang padaNya merayu, memohon dan berserah diri mendambakan cinta hanya kepadaNya tiada yang lain hanya semata2 kepadaNya. dan ingatlah cintakan bunga bunga kan layu cintakan harta harta kan habis cintakan manusia manusia kan mati hanya cintaNya kekal abadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan