
Benarkah cinta pertama tak semestinya cinta sejati??
Hipotesis bagiku;cinta juga tak semestinya bersatu….
Kata orang..kita boleh jatuh cinta dalam sekelip mata tapi
untuk melupakannya hampir sepanjang hayat..
Takdir Allah swt tiada siapa dapat menghalang,ujian datang tiada siapa
Dapat menduga…aku terus tabah menghadapi segala rintangan
Dalam mencari bahagia yang hilang.
Jalan yang dilalui tetap berliku,
Bahagia yang dicari ibarat fatamorgana.’
Ada waktunya aku hampir mengaku kalah
Dengan takdir……
Ada saatnya aku hampir tersungkur dalam mencari sejalur sinar,,,
Tidak tegar aku memaut hidup dengan hanya bergalangkan
Cinta dan kepercayaan..
Aku pernah merana kerana itu..
Aku mesti menghapuskan setiap titis air mata duka
Yang selama ini melemaskan sisa-sisa semangatku…
Kata pujangga…..
Cinta manusia melalui beberapa pintu.
Ada pintu kasih,pintu sayang dan pintu rindu..
Tetapi cinta yang paling abadi ialah cinta yang melewati
Pintu SIMPATI….Benarkah???
Kalau benarlah cinta itu dari jiwa
Yang ikhlas,kenapa ada yang ternoda kerana CINTA???
Dalam bahagiaku,ada bersilih duka..
Terleraikah kekusutan??Termakbulkah impian??
Yang pasti……...diari duka silam ini perlu dinokhtah!!!
Derita ini perlu ada penyudah!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan