
• Lelaki merindukan cinta pertama manakala wanita pula menghargai cinta terakhir.
• Cinta adalah sesuatu yang abstrak. Ianya tidak dijual , tidak dibeli dan tidak juga dicipta. Tetapi ia datang dengan sendiri.
• Cinta itu adalah sesuatu yang aneh. Jika manusia menggenggamnya terlalu kuat , ia akan mati. Tetapi jika manusia menggenggamnya terlalu longgar maka ia akan berlalu pergi.
• Mempermainkan hati dan perasaan orang lain mungkin satu kepuasan dalam diri yang orang yang tidak punya keyakinan diri.Tidak usah berbangga jika kamu mempunyai ramai teman kerana belum tentu kamu boleh menikmati kebahagiaan dan ketenangan hidup.
• Cinta adalah butiran mutiara didasar lautan. Indah dan mempesonakan. Namun , adakalanya cinta itu umpama duri sembilu yang menyakitkan.
• Cinta adalah ombak yang menghempas pantai. Datangnya tanpa paksa.Sebaliknya adalah satu kemestian walaupun dalam keterpaksaan.
• Cinta adalah anugerah yang paling indah.Oleh itu merana kerana cinta lebih bererti daripada hidup tak mengenal erti cinta sama sekali.
• Cinta adalah suatu kata-kata yang indah dan sesuatu yang unik dan manis untuk dirasa.Tanpa cinta rasanya tidak lengkap hidup manusia di alam maya ini.Manakala cemburu adalah buah-buah pahit di dalam cinta.Dari itu janganlah terlalu percayakan cinta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan