Mutiara Hati
"Barangsiapa ingin mengetahui kadar pengetahuannya tentang Allah, maka hendaklah ia melihat (dan membandingkan antara) apa yang dijanjikan oleh Allah untuknya dan apa yang telah dijanjikan oleh manusia untuknya, manakah diantara keduanya yang lebih diyakini oleh hatinya?" (Syaqiq bin Ibrahim)
"Apabila kamu hidup dengan kesedaran bahawa maut dapat menjemput kamu pada bila-bila masa saja, maka kamu akan menikmati setiap detik kehidupan. Leburkan egomu, keangkuhanmu, kesombonganmu. Berlembutlah dengan hidupmu, selembut air. Dan mengalirlah bersama sungai kehidupan. Kamu tidak akan bosan. Kamu akan mula merasai hidup. Itulah rahsia kehidupan." (Mior Azli)
"Bersandarlah pada al-Rahman dalam segala urusanmu. Orang yang bersandar kepada-Nya tidak pernah kehilangan. Percayalah pada Allah dan bersabarlah dengan pemberian-Nya kepadamu, kerana engkau dapat memperolehnya hanya melalui pertolongan-Nya." (Shihab)
"Seringkali kehidupan di dunia membuat kita lelah, butuh pemikiran, perjuangan & pengorbanan yang tidak mudah kita lakukan. Tapi jangan tinggalkan Cinta & Sayang di dalamnya. Mulailah dengan cinta dalam keluarga, sahabat & orang baru yg kita kenal. Kerana Allah menciptakan kita dengan CINTA & KASIH SAYANG." (#Renungan Kisah Inspiratif)
"Ya Allah yang Maha Mulia dan Maha Dermawan. Percikkanlah dalam hati dan fikiranku semangat bagi memuliakan dan menghargai-Mu serta sesama makhluk. Jangan biarkan aku dikuasai oleh andaian-andaian palsu yang menyesatkan." -Amin Ya Rabbal A'lamin.
"Marilah kita tunduk di bawah kekuasaan Allah dan bersandar pada-Nya dengan penuh kesabaran, mengikut segala arahan-Nya dengan penuh penghayatan dan beribadah dengan penuh ketulusan. Apabila engkau mampu melakukan hal itu, nescaya turun kepadamu anugerah dan pemberian-Nya yang selama ini mungkin tidak engkau cari dan tidak engkau harapkan." (Syaikh Abdul Qadir al-Jailani)
Memberi adalah kebahagiaan, Kesetiaan adalah kebahagiaan, Menyayangi adalah kebahagiaan, Berbuat baik adalah kebahagiaan, Kesabaran adalah kebahagiaan, Kesetiaan adalah kebahagiaan, Kejujuran adalah kebahagiaan.
Kebahagiaan sebenar adalah suatu perasaan apabila mempunyai kekuatan yang mampu untuk berbuat baik terhadap pihak lain dengan ikhlas tanpa mengharapkan apa apa,semuanya hanya demi Allah swt, insyallah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan