Saban hari permasalahan sosial sekarang seperti isu buang bayi, pelacuran, bohsia dan sebagainya semakin meruncing. Masyarakat terus menyalahkan pihak wanita yang kononnya lemah, mudah terpedaya dan sebagainya. Namun, kita sering melupakan bahawa isu ini bukan hanya berpunca dari satu pihak sahaja. 'Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi'. Kita alpa bahawa kelahiran yang sepatutnya suci murni itu turut dicemarkan oleh "ayah" yang tidak bertanggungjawab. Maka, seeloknya kita merenung kembali peranan lelaki terhadap wanita seperti yang dianjurkan oleh Allah dalam Al-Quran:
"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka..." (al-Nisa', 4:34)
Jika kita sama-sama hayati ayat ini, terdetikkah di hati kita betapa besar dan beratnya amanah yang telah Allah berikan kepada kaum lelaki untuk menjadi pemimpin pada wanita. Betapa Allah telah memberi kepercayaan pada lelaki untuk memikul amanah itu kerana beberapa kelebihan yang Allah berikan pada lelaki dan tidak ada pada wanita.
Namun, hari ini, adakah lelaki telah berperanan sebagai pemimpin dan adakah wanita juga telah menjalankan peranan sebagai orang yang dipimpin? Ayuh kita muhasabah diri!
Lelaki itu sepatutnya pemimpin, bukan diktator!
Allah telah memuliakan lelaki sebagai pemimpin kepada wanita. Islam telah meletakkan garis panduan yang lengkap seharusnya bagaimana peranan pemimpin yang dimainkan oleh lelaki. Peranan lelaki sebagai suami, ayah, abang dan anak itu adalah sebagai pelindung kepada wanita-wanita di bawah tanggungjawabnya. Antara peranan lelaki dalam melindungi wanita dan keluarganya adalah:
Memastikan prinsip Islam terlaksana dalam keluarga.
Menjadi teladan yang baik.
Memastikan komunikasi yang baik dalam keluarga.
Memastikan keluarga terhindar dari azab neraka.
"Hai orang-orang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka.."
(At-Tahrim, 66:6)
Wahai lelaki, jika anda tahu betapa pentingnya peranan anda dalam kehidupan wanita, pasti anda sebagai lelaki tidak akan sanggup membiarkan kekasih-kekasih anda membuang 'benih' yang telah anda semai. Pasti anda tidak sanggup membiarkan ibu anda meniti hari-hari tua tanpa kasih sayang dari anda, dan pasti jua anda tidak tegar untuk menjadi dayus dengan membiarkan isteri-isteri dan anak-anak perempuan anda dipukul, dan dibiarkan tanpa pembelaan dan nafkah.
Namun, bagaimana seharusnya lelaki sebagai pemimpin, adakah umpama diktator yang hanya memberi arahan? Tidak sama sekali! Islam tidak pernah memuliakan lelaki sebagai pemimpin dengan tujuan supaya ia dapat menindas kaum perempuan. Malah Islam telah menganjurkan lelaki supaya berlemah lembut dengan wanita.
Misalnya, suami diangkat sebagai ketua keluarga, namun Islam tidak menidakkan hak isteri untuk berbincang dan memberi idea atau pendapatnya. Islam meletakkan hak pada suami untuk memukul isteri, namun ia adalah jalan terakhir dan dilakukan dengan penuh hikmah. Bahkan Rasulullah sendiri menganjurkan supaya berbuat baik dengan isteri.
Sesungguhnya, wanita itu satu amanah dari Allah, maka lindungilah ia kerana ia jua sebahagian dari lelaki.
"Wahai manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan dari pada kedua-duanya Allah mengembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak" (Surah Al- A'raf:189)

Wahai wanita, binalah perisai pelindung dirimu!
Hakikatnya, kita mengakui bahawa wanita dan lelaki itu saling melengkapi. Jika lelaki itu memang menjadi pelindung, namun apakah kita sebagai wanita sendiri hanya bergantung pada pelindung itu tanpa mahu berusaha membina perisai pelindung diri sendiri?
Hakikatnya, perlu ada gabungan lelaki yang menjadi pelindung dan jua wanita yang utuh menghijab diri untuk melindungi dirinya. 'It takes two to tango'. Salah menyalahkan tidak akan menyelesaikan isu gejala sosial pada hari ini, malah akan menyebabkan kita hilang fokus untuk menyelesaikan masalah itu.
Lalu, bagaimana untuk wanita membina perisai pelindung?
Pertama sekali, berani untuk katakan "TIDAK" pada mana-mana lelaki yang mempergunakan, memperalatkan wanita untuk mencapai apa yang mereka ingini. Bentengkan diri kita dengan hijab kerana wanita itu umpama permata yang menjadi rebutan setiap kaum adam. Biar kita tak 'glamour' dek nama yang sentiasa meniti di bibir lelaki kerana keseksian kita, tapi akhirnya menjadi mangsa mereka. Biar kita dikatakan kolot sebab tidak bergaul dengan lelaki, tapi yang penting kita pertahankan maruah kita.
Kedua, jangan biarkan diri ditindas lelaki yang durjana! Lembut biar bertempat, malu biar kena gayanya. Bersuara bila perlu, bangkit bila hak kita dan maruah kita dicabul. Islam tidak pernah menafikan hak dan kepentingan wanita, malah membela wanita dan menyanjung tinggi wanita.
Ketiga, tuntutlah ilmu sebanyak mungkin. Dengan ilmu nasib terbela. Dengan ilmu, kita tahu mana hak-hak kita bila kita tertindas. Jangan tewas pada orang yang sewenang-wenangnya menggunakan nama agama untuk menafikan hak wanita, sedangkan Islam itu sendiri memberikan hak yang seadil-adilnya kepada wanita sebagai isteri, ibu dan anak.
Wahai Adam,
Sedarlah dirimu itu pemimpin. Maka persiapkanlah dirimu itu selayaknya untuk memegang amanah Allah itu.
Wahai wanita,
Ketahuilah, dirimu disanjung dan dimuliakan oleh Allah. Letakkanlah dirimu selayaknya supaya maruah dan kemuliaanmu tidak tercemar. Dirimu begitu berharga, jika Adam itu sudah tidak mampu menjadi pelindungmu, maka binalah perisai pelindung dirimu.
Halaman
Khamis, Oktober 21, 2010
Dosa Tinggal Solat Lebih Besar Daripada Zina
Pada satu senja yang lengang, kelihatan seorang wanita berjalan dalam keadaan terhuyung-hayang. Pakaiannya yang serba hitam menunjukkan dia dicengkam kesedihan manakala kerudungnya menutup rapat hampir seluruh wajahnya.
Walaupun tidak bersolek atau memakai perhiasan lain di tubuhnya, kulitnya yang bersih, memiliki tubuh yang ramping dan rona wajah yang ayu, tetap tidak dapat menghapuskan kepedihan yang sedang membelenggu hidupnya.
Dia melangkah perlahan-lahan mendekati rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Apabila terdengar ucapan ‘silakan masuk’ dari dalam, wanita cantik itu melangkah masuk sambil kepalanya terus tertunduk.
Air matanya berderai ketika dia berkata: “Wahai Nabi Allah, tolonglah saya, doakan saya supaya Tuhan berkenan mengampunkan dosa keji saya,” “Apakah dosamu wahai wanita ayu?” tanya Nabi Musa a.s. terkejut. “Saya takut mengatakannya,” jawab wanita cantik itu. “Katakanlah, jangan ragu-ragu,” desak Nabi Musa.
Lalu wanita itu memulakan cerita, “Saya….telah berzina.” Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, “Dari penzinaan itu, saya pun…. hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya…cekik lehernya sampai…mati,” cerita wanita itu sambil menangis sekuat-kuat hati.
Mata Nabi Musa berapi-api dan dengan muka yang berang, dia mengherdik, “Perempuan jahat, nyah kamu dari sini! Supaya seksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!” teriak Nabi Musa sambil memalingkan muka kerana jijik.
Mendengar herdikan itu, wanita itu pun segera bangun dan berlalu dengan hati yang hancur luluh. Ketika keluar dari rumah Nabi Musa, ratapannya amat memilukan. Dia terfikir ke mana lagi dia hendak mengadu kerana apabila seorang Nabi sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang betapa besar dosanya dan jahat perbuatannya.
Tetapi dia tidak tahu bahawa sepeninggalannya, Malaikat Jibril turun berjumpa Nabi Musa. Lalu Jibril bertanya: “Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu ada dosa yang lebih besar daripadanya?”
Nabi Musa terperanjat. “Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?” tanya Nabi Musa kepada Jibril. “Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?” “Ada,” jawab Jibril dengan tegas. “Dosa apakah itu?” tanya Nabi Musa lagi. “Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar daripada seribu kali berzina.”
Mendengar penjelasan itu, Nabi Musa kemudian memanggil wanita itu untuk menghadapnya semula. Dia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohon ampunan kepada Allah S.W.T untuk wanita itu.
Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu ke atas dirinya. Bererti, dia seakan-akan menganggap remeh perintah Allah, bahkan seolah-olah menganggap Allah tiada hak untuk mengatur dan memerintah hambaNya.
Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan bersungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dalam dada, yakin bahawa Allah S.W.T itu ada dan berada di jalan ketaatan kepadaNya. Itulah sebabnya Allah pasti mahu menerima taubatnya.
Dari Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya Allah lebih suka menerima taubat seorang hamba-Nya melebihi kesenangan seorang yang menemukan kembali tiba-tiba untanya yang telah hilang daripadanya di tengah hutan.”
(Bukhari – Muslim)
Didalam hadis yang lain-
Sesungguhnya Allah lebih gembira atas taubatnya seorang hamba daripada:
* orang yang kehausan lalu menemukan sumber air,
* dan lebih gembira daripada wanita yang mandul yang dapat melahirkan
* dan lebih gembira daripada orang yang kehilangan lalu menemukan yang hilang itu.
Barangsiapa bertaubat kepada Allah dengan taubat yang murni, maka Allah melupakan dua malaikat pencatit amalnya, semua anggota tubuhnya dan tempat-tempat ia melakukan dosa, sehingga semuanya tidak dapat menjadi saksi bagi kesalahan-kesalahan dan dosa-dosa yang dikerjakan (sebelum ia bertaubat) – Riwayat Abu Abbas al-Hamadani

wanita ibarat epal
Wanita ibarat Epal.
Epal yang tidak berkualiti amat mudah di perolehi kerana ia berguguran di tanah.
Tapi epal yang tak mampu di beli berada di puncak.
Susah di petik, susah di gapai.
Terkadang epal itu risau,
kenapa la diriku belum di petik?
Lantas ia merendahkan martabatnya
dan mengugurkan diri menyembah tanah.
Sedangkan ia sebenarnya Allah jadikan begitu tinggi martabatnya,
sehingga tidak ada sesiapa berani memetiknya.
Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu.
Mungkin bukan di dunia tapi di akhirat?
Biarlah jodoh bukan di dunia asalkan cinta Ilahi mengiringi..... :)

Kelebihan seorang wanita
Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali, Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh, Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat, 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil, Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Selasa, Oktober 19, 2010
Buat Renungan Bersama-Pengorbanan seorang Ibu
"Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.
Masa terus berlalu...Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. "Mereka kata saya cacat," katanya kepada si ibu. Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk dan memujuk. Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.
Setahun berlalu..."Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.
"Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali. "Tak mungkin," balas si ayah. "Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba." "Bila?" tanya si anak. "Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.
Suatu hari ketika fajar manyingsing, si anak menerima perkabaran yang menyedihkan. Ibu yang disayangi dan sentiasa memberikan semangat untuknya hidup kini kembali menyambut seruan Ilahi. Ketika si anak berada di sisi ibunya, perlahan-lahan si anak membelai wajah ibu yang terbujur kaku. Dengan perasaan kasih yang tak terhingga si anak menyelak helaian rambut ibunya dengan penuh kesayuan. Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada. "Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui, dia sanggup berkorban demi untuk masa depanmu." Sekali lagi si ayah berbisik dengan nada sayu.
Sebagai Pengajaran: Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui. Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah "SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU", penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada,curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya..."Saya Sayang Ibu"

kisah pokok epal

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang besar dan lebat buahnya di pinggir sungai. Seorang kanak² lelaki amat suka bermain berhampiran pokok tersebut setiap hari. Dia memanjat dan memetik buah epal dan memakan sepuas hatinya. Bila sudah penat bermain dan memakan buah epal, kanak² tersebut melepaskan lelap di perdu pokok. Itulah rutin kanak² ini seharian. Itulah lumrah kehidupan apabila makin rapat kedua makhluk Allah ini saling sayang menyayangi.
Zaman bertukar silih berganti, kanak lelaki ini sudah membesar dan menjadi remaja. Beliau tidak lagi bermain di perdu pokok epal ini lagi. Malah hampir melupakan pokok epal ini. Pokok epal ini amat sedih. Pada suatu masa, remaja lelaki ini datang ke perdu pokok epal ini dengan muka yang sedih dan sayu. Melihat keadaan itu lalu pokok ini berkata…
Pokok epal : “marilah bermain-main disekitar ku, lama benar dikau tidak datang ke sini “.
Remaja : ” aku bukan lagi kanak² yang dahulu, aku sudah meningkat remaja, aku tidak gemar bermain bersama engkau “.
Pokok epal : ” habis tue kenapa engkau datang dengan muka yang sayu wahai sahabatku”.
Remaja : ” aku mahukan sebuah permainan untuk aku bermain dan aku perlukan duit untuk membeli permainan itu, mana aku mencari wang sebanyak itu!”.
Pokok epal : (dengan senyuman) ” kalau begitu, petiklah buah² epal di badanku ini, ambilah sebanyak mana pun. Juallah pada peniaga dan hasil wang ringgit itu engkau mampu membeli apa yang dihajati “.
Melihat keadaan itu remaja tersebut dengan girangnya mengambil buah² epal yang ada kesemuanya dan lalu meninggalkan pokok epal kembali bersendirian tanpa mengucapkan apa². Berulang kembali remaja itu tidak lagi datang bermain atau singgah sebentar di pohon itu. Pokok epal amatlah sedih dengan sikap remaja ini.
Masa sudah berlalu, pokok epal ini makin membesar dan mengeluarkan buah yang banyak. Remaja yang dahulunya juga meningkat usia, bekerja dan berkahwin. Lalu lelaki ( remaja ) ini datang kembali pada pokok epal ini. Pokok epal ini sangat gembira dan terharu. Malangnya lelaki ini datang membawa masalah lalu mereka berkata…
Pokok epal : “marilah bermain-main disekitar ku, lama benar dikau tidak datang ke sini “.
Lelaki : ” aku sudah bekerja dan berkahwin, aku perlukan wang dan tidak ada masa untuk bermain, malangnya aku tidak mempunyai rumah untuk berlindung bersama isteri aku, apa perlu aku buat? “.
Pokok epal : ” maafkan aku kerana aku sendiri tiada rumah, bagaimana aku mahu menolong dikau”.
Pokok epal terdiam sebentar lalu terpikir sejenak…
Pokok epal : ” engkau boleh memotong dahan² aku yang besar ini, cantaslah dan tebanglah untuk membuat rumah perlindungan untuk keluarga kamu, sesungguhnya engkau sahabat aku dunia dan akhirat “.
Lelaki : (dengan riangnya) ” kalau begitu, aku tebang dahan² engkau ini dan akan membuat rumah daripadanya “.
Pokok epal tersebut amatlah gembira kerana dapat menolong lelaki ini dan sedih kerana apabila dapat kesemua dahan² itu lelaki tersebut tidak kembali jumpa dengan pokok epal ini.
Untuk kali ketiganya lelaki tersebut datang kembali kepada pokok epal sekian lamanya lalu berkata kepadanya…
Pokok epal : “marilah bermain-main disekitar ku, lama benar dikau tidak datang ke sini “.
Lelaki : ” aku bukan macam dahulu yang suka bermain, aku sudah dewasa dan aku mempunyai cita². Tapi cita²ku adalah mahu berlayar di lautan dan memerlukan bot “.
Pokok epal : ” aku minta maaf aku sendiri tiada bot untuk menolong engkau tetapi engkau bolehlah menebang batangku untuk membuat bot dan berlayarnya di lautan melihat kebesaran Allah”.
Mendengar cadangan pokok epal tersebut tanpa mengucapkan sepatah kata, lelaki tersebut terus menebang batang pokok epal itu dan membina bot yang cantik untuk berlayar dan tidak lagi datang kesitu lagi seperti kebiasaan.
Bertahun lamanya lelaki tersebut tidak datang. Disuatu pagi yang indah datang seorang tua ke pokok tersebut. Pokok epal yan dahulunya gah berdiri tapi hanya tinggal tunggul yang tua. Melihat lelaki tua ini yang dahulunya seorang kanak yang meningkat remaja lalu berkahwin, pokok epal ini berkata…
Pokok epal : “tiada lagi aku dapat menolongmu, aku hanyalah ada akar dan tunggul yang tua…buahku engkau sudah jualkan, dahanku engkau membuat rumah dan batangku engkau membina bot..aku mohon maaf kerana tidak dapat menolong “. ( lalu menangis )
Lelaki tua : “aku datang bukan ingin memakan buah epal kerana aku sudah tiada gigi, mencantas dahan aku tidak mampu dan larat dan aku tidak ingin membina bot kerana aku sudah tua dan tidak mampu untuk berlayar lagi, aku datang hanyalah mahu berehat kerana penat “.
Pokok epal : ” kalau begitu berehat dan tidurlah di perduku”.
Lelaki tua itu lalu duduk dan berehat di perdu pokok epal tersebut dan mereka menangis kegembiraan.
( buku kisah teladan yang telah diolah penulis utk tatapan )
Bukan kisah pokok epal dengan lelaki tua yang hendak disampaikan tetapi tauladan kisah ini. Pokok epal tersebut adalah orang tua kita yang membesarkan kita dari kanak² hinggalah dewasa. Masa kecil kita bermain bersama mereka, apabila remaja kita minta apa saja dari mereka tanpa memikirkan kesusahan mereka itu. Kita datang kembali pada mereka bila kita menghadapi masalah dan tinggalkan mereka berdua tanpa khabar berita. Tapi mereka tetap gembira dengan kebahagiaan hidup kita walaupun kekadang mereka sunyi di sana. Kita kenangkan kembali dimanakah kita sekarang..
Ayah dan mak, anak mu disini sentiasa mengingati ayah dan mak, anakmu ini tidak akan lupa segala kesusahan ayah dan mak membesarkan anakmu yang sorang ini. Bagaimana mak pernah menangis melihat kelakuan nakal anakmu ini dan ayah marah menegur kedegilan selama ini adalah mahu melihat anakmu berjaya dan alhamdulillah anakmu melakukkan segalanya untuk kebahagiaan ayah dan mak. Terima kasih kepada ayah dan mak…
Langgan:
Catatan (Atom)